KuiH TaRt BuaH

Okeh... entry kali ni gua buat khas untuk support bisnez kakak-kakak gua yang kat kg tu... sekarang diorang buat kuih tart buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat cantik dan cute untuk dijual... kuih-kuih ni sangat sesuai untuk buat hadiah atau hantaran...
Semalam gua terima kuih ni melalui pos laju yang kakak gua kirim dari kg... balik rumah terus gua kerjakan kuih-kuih ni... belek satu per satu... ambik gambar dan ngap... ada buah manggis, limau mandarin, strawbery, mangga, jambu batu, jagung, labu, terung dan lobak merah... ada satu lagi yang gua rasa sangat cute ialah jambu air tapi malangnya dah pecah... huhuhuhu... dah la sebijik jer jambu air die bagi... tapi part yang paling penting gua nak highlight kat sini ialah walaupun ada banyak jenis buah tapi rasa hanya satu jer iaitu sedap!!!... biase orang kate kuih macam ni nampak jer cantik tapi rase hampeh... tapi yang ni gua bagi gerenti... memang rasanya gebu dan jem nenas kat dalam tu sangat sedap dan lembut... tak manis sangat... tak masam sangat... juz nice... ecehhh... dah macam pengacara jalan-jalan cari makan pulak... hahaha...
Hmmm... cerita bab kuih bagai nak rak tapi harga tak bagi tau... hehehe... Ni nak story la ni... harga untuk 50 biji kuih tart yang sangat warna-warni tu hanya RM47.... harga ni dah ambik kira skali dengan khidmat abang pos laju... so dah takda kos tersembunyi... government tax dan servis caj adalah FREE!!! hehehe...
Okeh... yang nak request buah lain pun boleh... (ni gua pandai-pandai jer ni... kakak gua tak cakap pun boleh.... hahaha)... kot la nak pisang ke... cempedak ke... anggur ke... apple ke... durian ke... bergantung kepada level ke'kreativ'an kakak gua... tapi kalau nak order sejenis jer bentuk pun boleh... contohnya nak semua 50 biji tu semua strawberi... senang nak susun dalam bekas hantaran...
Kalau nak buat hantaran atau hadiah korang kena cari bekas lain yang cun untuk deco deco deco bagi cantik... kakak gua cakap die tak boleh nak letak dalam bekas cantik sebab nanti kalau pos kuih tu akan hancur sebab bekas yang cun cun ni biasanya kedudukan kuih agak longgar dan boleh berjoget-joget dalam tu... nanti kot makan serbuk kuih jer laa nanti... bekas kuih yang digunakan untuk pos adalah bekas kuih biasa yang diletakkan dan dilapik serta disendal dengan sesuatu supaya tak goyang-goyang dan padat untuk elakkan kuih pecah...
Dalam banyak-banyak ni takda pulak kakak gua kirim kuih tart bentuk cili... dengar kata anak buah gua yang kat kg tu yang sangat aktif tu sangat takut kalau nak sumbat 'cili' tu dalam mulut dia... kahkahkah... ada jugak benda nak suruh dia dok diam...

Ehhh.. lupa pulak... kalau yang berminat boleh park komen kat bawah ni atau boleh tanya terus dengan kakak gua melalui facebook die... klik sini

Haaa... sempat gua google tadi untuk tunjuk sample bekas kuih yang sesuai nak parking kuih tart yang cantik ni untuk buat hadiah atau hantaran... contoh bekas macam kat bawah ni... boleh beli kat kedai-kedai bahan kek... macam-macam design ada...
Tapi kalau tak nak bagi orang sebagai hadiah atau hantaran, boleh jer beli untuk makan sendiri... berbaloi-baloi... kalau nak compare dengan kuih tart yang biasa dijual masa hari raya tu tak jauh beza pun dengan harga yang kakak gua offer ni...

Labels: , ,