TaRgeT 2011

Tahun 2011 dah nak habis dah... gua cari balik note yang gua buat dalam fesbuk berkenaan target yang gua letak sepanjang tahun ni... Setiap tahun gua akan letak 5 perkara atau target yang gua mesti usahakan sehingga dapat supaya hidup gua takde la kosong tanpa matlamat... ecehhh... poyo jer lebey... hahaha...

Review balik list 2011 ni... ada 3 dari 5 perkara dah tercapai... baki 2 lagi akan dibawa dan ditambah kepada target 2012... so total target 2012 nanti yang gua belum planing lagi adalah 7... itu nanti gua akan fikirkan... sekarang gua ada baki beberapa hari lagi untuk settlekan baki target gua yang belum settle ni... tapi macam mustahil pulak nak settle dalam masa beberapa hari ni... huhuhuh...

Untuk tahun ni gua mengidam nak ada rumah sendiri dan sekarang gua dah ada rumah sendiri walaupun proses lawyer belum settle sepenuhnya... tapi gua yakin takda masalah berkenaan tukar nama rumah ni... loan bank dah lulus... aggreement dan sain... cuma sekarang proses tukar nama jer belum settle lagi... yer la, gua beli rumah 2nd hand... bukan rumah baru...

Target gua nak jadi wedding fotografer pun dah dikira tercapai jugak la walaupun hanya 1 atau 2 wedding jer yang gua cover tahun ni... wakaka... sebagai permulaan dah kira ok la tu kan... sebab gua pun tengah belajar lagi ni...

Target paling besar gua ialah nak jadi daddy... tercapai dah bulan Mac ari tuh... target ni sebenarnya target yang gua buat pada awal tahun 2010 dan disebabkan untuk mencapai perkara ni memerlukan tempoh 9 bulan makanya target ni memang awal-awal gua dah letak sebagai target untuk tahun 2010/2011...

Ada dua target yang gua sasarkan belum menjadi kenyataan... yang pertama nak pijak puncak Gunung Kinabalu... tapi gua hanya mampu tengok jer puncak gunung tu... kaki gunung kinabalu dah sampai dah bulan 10 hari tu... yang kedua gua nak pergi bercuti 1 family kat Sabah atau Sarawak... yang ni pun gua belum dapat tahun ni... kalau pegi sorang-sorang tu dah kerap sangat dah tahun ni... tapi tak dikira sebab family tak ikut skali... so, dua perkara ni gua akan campurkan dengan 5 target baru untuk tahun 2012...

Review balik target 2010 yang gua forward ke tahun ni ada 3 perkara dan semua dah berjaya dicapai awal tahun ari tuh... yang pertama gua nak kamera DSLR... yup, awal tahun hari tu gua dengan berani gores kad gua kat low yat... gua terpaksa sebab kalau gua tak dapatkan jugak DSLR ni macam mana gua nak teruskan dengan target 2011 gua untuk jadi wedding fotografi... Target yang lain ialah gua nak pakai bekberi... hok alohh... nak benda alah ni pun nak kena masuk dalam target ke... wakaka... bagi gua bende ni perlukan usaha jugak kalau tak memang gua tak merasa... yang ni pun gua dah berjaya dapatkan... target yang terakhir ialah gua nak pijak kaki kat Singapore atau lebih tepat Universal Studio Singapore (USS)... tapi yang ni dikira tercapai boleh tak sebab memang gua berjaya pijak kat bumi Singapore pun... dalam passport gua dah ada cop Singapore cuma gua tak sampai ke USS jer...

Untuk tahun 2012 nanti gua buat list dan target gua... belum fikir lagi...

Labels: