RiNgGiT BaRu

Semalam dah diumum dan diwar-warkan tentang wang kertas baru yang akan digunapakai pada suku kedua tahun 2012... dan hari ni ada jualan set wang kertas tersebut untuk edisi terawal dan terhad...

Tadi gua teman member gua ke Bank Negara untuk beli koleksi duit baru ni... jualan duit ni bermula jam 9.00 pagi dan gua sampai sane pukul 8.20 pagi... tapi gua lepak kat cafe Bank Negara dulu kemudian pukul 8.50 pagi baru gerak ke bahagian jualan... terkejut beruk gua tengok orang ramai beratur nak beli duit ni... sampai ke jalan besar barisan tu... dalam kepala gua fikir "ramai jugak yang sengal rupenyer..."
(Sorry geng... bukan lu okeh... diorang yang lain tu maksud gua.. hehehe...)
Dalam reramai ni boleh pulak gua terserempak dengan cousin wife gua... die pun suke kumpul duit-duit ni... die beratur agak depan jugak... belum sempat gua nak kirim suruh die tolong belikan untuk member gua ni die dah kate.. "duit ni setiap orang boleh beli 1 set sahaja"... erkk... macam faham-faham jer... lol...
Bagi gua hobi mengumpul wang ni sangat bagus... bukan lah sejenis hobi yang membazir macam kumpul kasut atau handbag (sekadar contoh)... tapi kalau duit bernilai RM186 dibeli dengan harga RM300 tu dah kire membazir ke tak ekk... lu orang fikir sendiri laa... tapi bagi pengumpul tegar macam "beratorian" kat Bank Negara pagi tadi tu... diorang nampak nilai duit tu lebih dari apa yang kite nampak...
Maklumat tambahan yang gua terima ialah set album duit baru ni hanya ada 5000 unit jer...

Nota telapak kaki: Harap-harap member gua update blog beliau pasal hobi kumpul duit ni... bagi maklumat lebih sikit pasal duit baru ni sebab tadi gua tengok setiap design duit ni ada maksudnya sendiri... tapi gua sendiri tak sempat nak bace... Bro, nanti dah masukkan entry baru kat blog tolong inform kat ruangan komen okeh... klik sini kalau nak ushar blog member gua ni...

Labels: ,