KhASiaT NyoT NyoT

Dulu gua penah baca pasal benda alah ni tapi semalam ada seorang aweks share kat blog dia... gua rasa hari ni tiba giliran gua pulak nak kongsi pasal benda alah ni... benda bagus elok kite share.. ye tak??? kehkehkeh...

Ape benda alah yang gua maksudkan ni?? haaa... ni maksudnya... bahasa sedapnya gua sebut sebagai nyot nyot... tapi kalau bahasa senang faham ialah comolot... faham??? Tak faham jugak? Ada aku kesah!!!
Dalam blog aweks ni ada cerita lebih detail tentang khasiat comolot ni tapi sini gua nak ringkaskan ikut cara gua... kalau nak baca yang betul-betul boleh buat lawatan muhibah kat blog aweks ni... juz klik sini... lepas habis baca sila kembali kat blog gua balik okeh... wakaka...

Tahukan korang... comolot boleh menjaga kesihatan gigi dan mencegah gigi dari berlubang disebabkan air liur masa proses comolot tu dapat memusnahkan asam yang melekat kat gigi korang... selain tu kalau korang stress boleh try comolot selama 3 minit... 3 kali sehari selepas makan... dan pastinya tahap stress korang akan turun mendadak...

Untuk menjaga paru-paru korang pun boleh buat aktiviti ni... comolot membuatkan paru-paru mengepam 3 kali lebih laju dan ini mengaktifkan paru-paru dan menjaga paru-paru supaya lebih sihat... dan paling penting comolot boleh mengurangkan kolestrol dan menurunkan tahap tekanan darah... tapi gua heran kenape doktor tak penah pulak bagi cadangan ni kat pesakit diorang ek...

Kajian juga mendapati mereka yang mengamalkan comolot sebagai salam perpisahan setiap pagi sebelum pegi kejer boleh mendapat extra umur selama 5 tahun berbanding mereka yang tak mengamalkannya... tapi bab ni gua tak berapa setuju sebab ajal maut tu kan kerja Tuhan... tapi yang pasti kalau yang amalkan comolot ni tiap pagi sebelum pergi kejer akan menghadapi risiko masuk kerja lambat... wakaka...

Last skali yang gua nak share ialah comolot merupakan aktiviti senaman muka dan mampu membuatkan anda kelihatan awet muda... and now gua dah tahu kenapa ramai yang tak percaya bila gua sembang pasal umur gua... kahkahkah...

Okeh... kepada pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan anda tak perlu nak sedih-sedih okeh... tengok video kat bawah ni...

video
Kahkahkah...

Labels: , , ,