BeRCuTi

Percutian budget... gua dengan family pergi bercuti kat Taiping jer... Gua gerak dari KL dan family member yang lain dari Kedah... kami jumpe kat tol Taiping...
Sampai kat parking zoo betul-betul time tengah hari... semua menggigil lapar... so, kami bentang tikar blakang kereta dan keluarkan semua bekalan sebelum masuk ke zoo... perghhh... sedap tak terkata... mak bawak bekal daging masak hitam, udang campur telur puyuh masak pedas, rendang ayam, ketupat, buah tembikai, telur masin dan banyak lagi... Lepas semua kenyang baru kami gerak masuk ke zoo. Bayaran masuk Zoo Taiping sekarang ialah RM12 untuk dewasa, RM10 untuk warga emas dan kanak-kanak RM8...
Sempat jugak bergambar dengan orang utan ni... tapi gambar gua kompom takda... tapi itu lah yang orang pegang camera rasa... gambar sendiri takda... huhuhu...
Ainin anak buah gua yang sulong... tak reti geli atau takut dengan binatang... padan la cita-cita pun nak jadi doctor haiwan... sekarang pun dah nampak sangat kepencintaannya kepada binatang...
Zoo Taiping sangat besar dan sangat tak sesuai untuk gua ronda-ronda dalam tu berjalan kaki... so kami semua naik train jer pusing kat dalam zoo... dua kali naik train lepas tu balik... boleh???...
Balik dari zoo kami pergi berkelah pulak... tak jauh dari zoo... memang terbaek dapat port bawah gazebo ni...
Air sungai sangat jernih dan aku sangat teringin nak terjun tapi sebab memikirkan akan drive balik ke KL lepas tu makanya aku cancel jer niat nak terjun... kalau masuk sungai kompom la sangat letih dan kalau letih macam mana nak drive... bukannya dekat Taiping - KL... jauh tuu...
Haa... Akiff pun mandi sungai jugak okeh... menangis-nangis nak turun... kat rumah mandi air sejuk sikit pun nangis... tapi kat sini air punya la sejuk boleh pulak die tahan...
Kat sebelah port kami melepak ada sang monyet ni... abah jamu dia macam-macam... bagi nugget laa... bagi sandwich laa... last-last blanjer die eskrem... pandai pulak die makan... sikit-sikit die jilat eskrem tu... patut la ada pepatah omputih kate... "monkey see monkey do"....

Labels: