Astro oh Astro



Kalau ada TV secanggih mana pun... kalau ada TV sebesar rumah pun... tak guna kalau takda astro... rumah setinggan kat tapak projek pun bersepah piring astro atas bumbung yang hampir runtuh tu...

Astro satu-satunya siaran TV berbayar yang ada kat negara kita ni... disebabkan monopoli diorang ni la diorang boleh sesuka hati bapak diorang nak letak harga berapa... awal pengenalan astro dulu boleh dapat siaran astro yang berpuluh-puluh chanel dengan hanya RM38... sekarang ni ambik pakej yang semahal RM100 pun masih tercari-cari chanel ape yang nak layan... ada berpuluh chanel tapi semua macam sampah... Drama melayu pulak jenis tangkap muat untuk isi slot yang ada...

Remote astro dulu pulak jenis yg 'crunchy' giler... jatuh atas kaki pun dah bersepai... nak kena beli baru... untuk rumah yang ada anak kecik memang sangat la susah untuk menjaga remote dari pecah... dah biasa sangat tengok remote astro yang diikat getah atau dipasang solatape... tapi nasib baik remote sekarang ni dah ok sikit...


Sekarang astro mengorak langkah baru dengan memperkenalkan astro byond... sesuai untuk TV jenis nipis atau TV High Definition... gua memang respek astro dari segi 'making money'... bab nak korek duit poket orang diorang memang terer... kalau dulu dengan sekeping kad astro kite boleh bawak ke mana-mana... asalkan ada decoder astro dah boleh cucuk kad dan layan chanel yang kite langgan.. tapi dengan astro byond jangan harap nak buat perangai macam tu lagi... kalau nak jugak sila usung sekali dengan decoder... lepas ni gua dah tak boleh bawak balik kad astro gua balik kampung...

Dari segi quality gambar memang gua setuju astro byond memang cun habis... tapi itu pun hanya pada beberapa kerat chanel HD... yang chanel lain tetap macam biasa... tapi untuk chanel HD tak disediakan subtittle... kalau nak layan citer hindustan, korea, thai atau apa-apa... sila sediakan kamus sendiri... kalau malas boleh beralih kepada chanel biasa yang bukan HD... Chanel HD pulak siarannya sedikit lambat beberapa saat... so, kalau layan bola makanya anda akan dengar sorakan goal dari jiran sebelah dulu...

Sekarang ni nak tukar astro biase ke astro byond adalah percuma. Tapi jangan tertipu dengan astro ni... caj tukar jer yang percuma tapi tiap bulan akan ada caj HD sebanyak RM20... kontrak selama 1 tahun... kalau nak stop langganan HD sebelum cukup tempoh matang setahun makanya penalty sebanyak RM200++ akan dikenakan... jadi fikir dulu sebelum nak tabur duit kat astro...

Satu hal lagi yang gua tak puas hati dengan astro ni... lambat bayar jer diorang akan sekat chanel ... langsung tak boleh tengok... kalau nak sambung balik siaran kena la buat pembayaran lepas tu tambah cas penat lelah diorang nak sambungkan balik siaran tu sebanyak RM10... macam nokharom kan astro ni... sebab tu gua kata astro ni memang terer bab nak korek duit poket orang... ni belum gua ulas rancangan-rancangan yang ada kat astro yang meminta sedekah duit penonton yang sengal....

Labels: