Astro SuPeR PacK

Seperti yang gua katakan... astro memang master bab nak meragut duit poket orang macam aku ni... kalau dihitung balik bil astro gua sebelum ni... kalau campur dengan secawan teh tarik cukup RM100 sebulan gua peruntukkan untuk menyara Ananda Krishnan ni... tapi disebabkan gua teringin sangat nak layan astro HD kat rumah makanya gua kena tambah RM20 lagi dalam bil astro gua setiap bulan... then lepas tu astro cuba mempengaruhi gua dengan pakej Super Pack yang dia buat... katanya hanya tambah RM25 sahaja dan gua dapat semua chanel yang gua perlukan termasuk chanel HD... total chanel yang dijanjikan adalah 78 chanel...

So, total Rm125 lengkap dgn HD Chanel... tapi gua lupe gua sekarang kat Malaysia... cukai adalah sesuatu yang wajib... so total dalam bil nanti ialah RM132.50... Opss... terlupa pulak permintaan khas mem untuk Akiff... katanya Akiff nak chanel BabyTV... kena tambah RM5 lagi... yang bangangnya astro ni... boleh pulak die kecualikan chanel BabyTV ni dalam pakej super pack dan kenakan caj yang berasingan... lu memang superb la astro...


Labels: