Gua Niah

Perjalanan dari Miri ke Taman Negara Niah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit...


Gerbang Taman Negara Niah menyambut kehadiran kami pada jam 8.45 pagi...





Gua Niah merupakan gua batu kapur terbesar di dunia... wow...




Seramai 12 orang menyertai aktiviti ini... dalam gambar ni ada 11 jer sebab sorang lagi tukang ambik gambar ni... hehehe...


Map menunjukkan laluan ke Gua Niah


Sebelum memulakan perjalanan telah tertulis disini bahawa perjalanan 2.8km atau selama 45 minit sehingga 1 jam diperlukan untuk sampai di luar Gua Niah... perjalanan di dalam hutan melalui titian kayu yang dibina kemas...



Perjalanan dimulakan dengan menuju ke jeti untuk menyeberang sungai... Taman Negara Niah mengenakan cas RM10 seorang untuk memasuki Taman Negara ini...


Gambar ini diambil dari Jeti permulaan dan perlu menggunakan perkhidmatan bot yang disediakan untuk menyeberang ke jeti sana... bayaran berasingan dikenakan untuk menyeberang sungai ini iaitu RM1 untuk perkhidmatan bot...


Tiba di jeti seberang dan perngembaraan menuju ke Gua Niah dimulakan di sini... nasihat berguna kepada anda yang akan ke Gua Niah ialah pastikan anda telah membuang air kecil atau air besar sebelum menyeberang sungai ini kerana tiada tandas disediakan setelah anda melepasi sungai ini...


Jika diperhatikan kepada papatn tanda jarak ini... "painting cave" merupakan hujung gua niah dan kalau dah menjelajah ke sini tapi tak sampai hujung memang agak rugi... untuk sampai ke hujung gua ini, perjalanan adalah sejauh 4.1km...


Perjalanan adalah melalui laluan kayu yang dibina ini disepanjang laluan sehingga di dalam gua... permulaan perjalanan berjalan lancar kerana hujan masih belum turun... apabila hujan turun, laluan menjadi basah dan sedikit licin dan memberikan cabaran kepada pengembara...


Laluan menyusuri hutan sangat menyeronokkan sambil menikmati keindahan alam... tp aku tak jumpa pun binatang atau serangga yang pelik sepanjang perjalanan ni...


Terdapat juga hentian untuk berteduh atau berehat tapi hentian yang disediakan ini agak terhad... sepanjang perjalanan rasanya hanya ada 2 hentian...








Antara pemandangan menarik yang dapat dilihat sepanjang perjalanan menuju ke gua...





1 jam perjalanan untuk sampai ke Gua Dagang... gua ni kecik dan tidak gelap... harus melalui gua ini untuk sampai ke pintu masuk Gua Niah...



Pemandangan di dalam Gua Dagang... dalam gua ni tak ada laluan kayu... so, kena lalu atas tanah tapi laluan biasa sahaja... tak mencabar sangat pun... masa ni kami semua dah basah kuyup sebab separuh perjalanan tadi hujan turun dengan lebat... so, camera aku dah simpan dalam bag dan gambar-gambar seterusnya ini hanya menggunakan camera Blackberry aku... agak sedih sebab banyak gambar blur... huhuhu...




Lokasi ni dah nak sampai pintu gua dah... bertambah semangat untuk masuk gua walaupun dah letih berjalan dalam hujan...




Apa nama ntah tempat ni... rumah ni aku tak masuk pun... untuk sampai sehingga ke lokasi ini mengambil masa 1 jam... atau jarak sebenar lebih kurang 3km... disini adalah pintu gua dan perjalanan masuk ke dalam gua bermula di sini....



Haa... nampak belakang tuu... tu adalah tangga untuk menuju ke dalam gua... masa ni memang terang lagi la... dah naik atas tu memang gelap dan perlukan lampu suluh...




Pemandangan dari atas sebelum turun ke dalam gua yang gelap...


Antara pemandangan yang dapat dilihat sebelum masuk ke dalam Gua Niah... gambar ni diambil di pintu gua...


Masa aku ambik gambar ni ada ruang rehat kat sebelah tepi... so, aku berhenti seketika melepaskan penat sambil snap beberapa keping gambar... kawasan ni sedikit terang kerana atas gua yang berlubang...


Walaupun laluan kayu ni ada hand rail atau susur tangan tapi tak sampai hati nak pegang sebab penuh dengan taik burung... wakaka...


Pemandangan bumbung gua yang berlubang memberikan sedikit cahaya dan udara segar....


Ini adalah lokasi terakhir iaitu di Painting Cave... hujung dan penamat gua... dari 12 orang yang menyertai pengembaraan ini... hanya 11 yang berjaya sampai ke hujung... seorang lain terpaksa berhenti berehat dipertengah gua kerana kaki dah tak mampu untuk melangkah...


Berehat sebentar dia Painting Cave sebelum patah balik melalui laluan yang sama untuk keluar dari gua...


Dinding gua yang mempunyai lukisan zaman purba dipagar bagi menjaga nilai sejarahnya... so, dpt tgk dinding gua dari jauh jer la... nak sentuh memang tak dapat... tapi, lukisan purba tu pun memang dah tak nampak pun... dah hilang dimakan usia...






Fuhhh... dapat rest seketika memang best... 4.1km perjalanan untuk sampai di lokasi ini... melalui hutan... masuk gua... keluar gua... masuk gua dan dalam gelap... keluar gua dan masuk hutan lagi... dan akhirnya sampai lokasi terakhir ini....


Pemandangan indah yang jarang dapat dilihat... mana nak cari tempat macam ni kat KL... kecuali Batu Caves la kan... wakaka...





Ini merupakan tapak terakhir dan penghujung gua painting cave... nampak tak yang berlubang petak-petak berpagar tu... dalam tu ada tulang rangka manusia...


Dalam petak-petak ni ada bukti-bukti kemunculan hidupan zaman purba dulu... termasuk tulang manusia... lihat gambar di bawah ini untuk melihat gambar tulang manusia dengan lebih jelas....




Painting Caves ini juga ditandakan sebagai Kain Hitam 2... kalau nak tahu kenapa... tanya orang yang jaga Taman Negara Niah ni... aku tak tahu kenapa... malas nak bertanya...


Ini adalah perahu yang dipercayai dibina oleh orang purba zaman dulu... kayu ni berbentuk perahu... tapi dah hancur dah pun... jangan memandai nak sentuh pulak... nanti kot ada benda lain ikut balik rumah plak.. wakaka...



















.....................................................................................................



Akhirnya perjalanan kami berakhir disini dan patah balik melalui jalan yang sama untuk pulang ke jeti... pergi dan balik pengembaraan ini mengambil masa 4 jam.... kami tiba di jeti hampir pukul 2 petang... total jarak perjalanan yang dilalui ialah hampir 9km... berjalan kaki!!!! Laluan yang basah, licin, gelap, banyak taik burung sememangnya menyeronokkan dan mencabar... hajat hati selepas ini ingin menawan puncak Gunung Kinabalu... ada sesiapa nak joint... jom....

Labels: ,