Bunyi Guli

Suatu pagi pada jam 6.30 pagi selepas mandi (bukan mandi wajib ok), aku terdengar bunyi guli jatuh melantun di atas lantai beberapa kali sebelum kembali sunyi sepi... masa tu aku masih dalam bilik... baju aku ada kat bilik sebelah... bunyi guli tu membuatkan aku berhenti melangkah untuk ke bilik sebelah... aku berkira-kira untuk mengejutkan puan permaisuri yang sedang asyik lena disebelah superhero aku...


.........................................................


Puan permaisuri aku tak jadi nak kejutkan tapi aku mengumpul kekuatan untuk membuka pintu bilik dan keluar mendapatkan baju di bilik sebelah... bunyi guli masih jelas kedengaran beberapa kali... selepas bersiap aku mengejutkan puan permaisuri dan menanyakan adakah dia turut mendengar bunyi guli tersebut... dan sah puan permaisuri juga jelas mendengar bunyi guli itu... puan permaisuri cuba menyedapkan hati dengan mengatakan bunyi tersebut datang dari rumah di tingkat atas...


........................................................


Sesuatu yang aku tidak maklumkan kepada puan permaisuri ialah semasa aku mengemas rumah dulu, aku terjumpa sebiji guli di dalam rumah tersebut dan telah membuangnya... itu adalah punca kenapa aku agak cuak bila mendengar bunyi guli tersebut...


.........................................................


Beberapa hari selepas itu, pada jam 4 petang... aku sedang bersantai di ruang tamu sambil menonton rancangan apa ntah dan pada ketika itu aku skali lagi terdengar bunyi guli seperti yang aku dengar beberapa hari lepas... yaa... kali ini memang jelas bunyi itu kedengaran...


.........................................................


Jahanam rumah atas ni... yang ko biar anak ko main guli awal pagi sape suruh... bongok...

Labels: