Selamat hari buruh

Tahun ni paling best sebab kebanyakan cuti umum jatuh pada hari yang sepatutnya... kalau tahun lepas banyak cuti umum yang jatuh pada hari sabtu atau tengah-tengah minggu... hari ni (ahad) 1 Mei merupakan hari buruh... makna kata esok aku bercuti lagi... sesuai sangat dengan keadaan aku yang berulang-alik sekarang ni... balik cuti hujung minggu 3 hari agak berbaloi bagi aku sekarang ni...

Seingat aku hanya sekali sahaja aku pernah bekerja pada hari buruh... itu pun dah lama dulu masa aku kerja kat KFC... pengalaman yang azab bagi aku... masa tu orang lain yang makan, aku yang kemas meja... orang lain guna tandas, aku yang cuci... orang lain bagi kotor lantai, aku yang mop... cerita bab mop lantai memang sakit hati... lantai belum kering suka-suka hati orang pijak... lepas tu lantai dari kotor sikit-sikit dan jadi bertambah kotor... hampeh... dalam hati memang maki habis tapi senyuman di bibir tak lekang sambil pegang batang mop... so, aku nak nasihatkan kat engkorang semua ni kalau nampak orang mop lantai jangan buat bengap pijak pulak lantai basah tu... kena maki dalam hati confirm dah dapat berbakul-bakul tu... kalau boleh redeem maki berbakul tu aku rasa dah boleh dapat Dinner Plate free...

Kalau nak cerita pengalaman jadi buruh kasar kat KFC dulu memang banyak... rahsia-rahsia KFC yang aku tau pun aku boleh cerita tapi aku malas nak cerita kali ni... cuma hadiah aku untuk korang yang tak kesah sempena hari buruh ni ialah aku nak bagi tips setiap kali korang makan kat KFC... sebelum tuang sos dari botol sos tu, cuba tengok kat bawah bontot botol sos tu ada tulis tarikh dengan marker pen tak... kalau ada sila mintak botol sos baru atau ambik botol sos lain kat meja-meja sebelah yang tak ada tulis tarikh... sebabnya aku malas nak story kat sini... tapi rasanya KFC sekarang dah tak guna botol sos kan... guna pump tekan tu... so, rahsia pump tu aku tak tau... tapi rahsia botol sos aku tak nak cerita... sebabnya aku dah tak ambik kesah...

Oleh itu, Selamat Hari Buruh... Semoga Man Utd berpesta gol malam ni dan menjadikan Arsenal sebagai buruh kasar di tengah padang... Ada aku kesah...

Labels: