Manchester United


"...Radhi Mat Din kepada Adigun... Adigun terus kepada Andre Luis Nascimento... Nascimento melorongkan pendek kepada Peter Nieketien... masih lagi Peter Nieketien... berjaya melepasi 2 pertahanan Selangor... pergelutan kini betul-betul di penjuru kanan kotak penalti... Adigun datang membantu tapi ditarik baju oleh pertahanan Selangor berjersi nombor 7... Radhi Mat Din pula membantu dalam pergelutan tersebut tapi nampak macam tak membantu pun... bola masih lagi di kaki Peter Nieketien... berjaya melepaskan diri dan cuba melakukan rembatan!!!! ahhh... sayang sekali kelaut perginya.... "

............................................................

Zaman sekolah rendah dulu aku layan bola kat radio jer... dengar pengulas buat ulasan perlawanan... punyala cemas bila kena serang... siap rasa nervous lagi... sampai duduk pun tak senang... kejap baring... kejap terlentang... kejap berdiri...
...........................................................

Bila masuk sekolah menengah aku dah beralih arah kepada badminton pulak... bola aku dah tak ambik tahu... nafsu aku kat bola sepak tempatan tiba-tiba hilang... ingat lagi pada tahun 2004 aku menonton perlawanan bola sepak Final Piala Malaysia Kedah vs Perlis... masa tu aku sedang bercuti di Fraser Hill bersama officemate yang lain... malam tu kami tengok siaran langsung ramai-ramai... aku sorang jer budak Kedah kat office tu... so, confirm la diorang sokong Perlis sebab nak bahan aku kalau Kedah kalah... ntah macam mana boleh pulak Kedah kalah malam tu dengan hanya lontaran kedalam dari Andrien Jurad Chamrong terus masuk ke dalam gol.... hahahaha... Kedah tewas 1-0 hanya dengan jaringan sebegitu... seminggu aku jadi bahan kutukan kat office walaupun sebenarnya aku tak kesah pun pasal kekalahan tu... nasib baik aku tak bernafsu bola ketika itu... so, takda la aku nak terbakar atau panas dengan kutukan diorang...

.........................................................
Semuanya bermula pada tahun 2007 apabila aku menemani member aku layan game Manchester United menentang Reading disebuah kedai mamak... member aku pulak dengan beraninya ambik port paling depan... dah la pakai jersey MU... budget boleh menang mudah tapi malam tu telah ditakdirkan MU kalah dan pak cik kat belakang kerusi kami tak henti-henti perli dan memanaskan member aku ni. Kesian kat member aku tu... wakaka... aku seperti biasa... cool... ada aku kesah...
.........................................................
Bermula dari situ aku mula bernafsu kembali dengan bola sepak dan semestinya Manchester United adalah pasukan pilihan aku... dan sehingga kini aku langsung tak boleh ketinggalan kalau ada game melibatkan Man Utd... dan ketika ini aku memang ambik kesah bila MU kalah dan bila ada orang cuba nak kutuk-kutuk dan panaskan aku...


.........................................................








Labels: