Motorsikal yang nakal

Bas dari Penang menuju ke KL bertolak jam 12.07 tengah malam... belum sempat bas melintasi jambatan Pulau Pinang aku dah tidur. Selepas 4 jam 36 minit aku tersedar dari tidur sewaktu bas melintasi Tol Duta.

...............................................

Biasanya bas akan menurunkan penumpang di Hentian Duta kemudian menuju ke Hentian Pudu, tapi hari ni sedikit kelainan yang memberikan petanda yang kurang senang kepada aku kerana bas terus menuju ke Hentian Pudu dahulu sebelum merangkak ke Duta.

..................................................

Sampai di Hentian Duta, aku mencapai motosikal aku yang tersadai disitu selama beberapa hari dan terus merempit ke Cheras. Tiba-tiba motor aku terbatuk-batuk dipertengahan perjalanan merayu kehausan petrol...
"Arghhh... jahanam. Pagi-pagi buta buat hal la pulak..."
Dan seperti dijangka enjin motor aku berhenti mengaum dan aku terus membiarkan motor aku menggelungsur membelah kesejukan pagi dengan momentum kelajuan yang masih berbaki dan terus masuk ke stesen minyak Shell... wakaka... aku ketawa besar di dalam hati... manakan boleh motor ciptaan manusia yang tidak berakal ini ingin menguji tuannya di awal pagi. Siapa sangka motor aku berhenti betul-betul di pam no 8 stesen minyak Shell tersebut tanpa perlu aku tolak... hahaha... tersenyum puas aku mentertawakan motor aku lalu berjalan menuju ke kaunter sambil anak mata melirik menjeling motorsikal aku ...

..................................................

Motor aku kembali mengaum dan aku meneruskan perjalanan ke Cheras sambil hati memaki hamun stesen minyak tersebut...
"Bangang!!! Macam mana boleh ada pulak stesen minyak di tengah bandaraya KL ni yang tak beroperasi 24 jam! Bodohh!!!"


Stesen Minyak Shell ini berada di Jalan Loke Yew berdekatan trafik light besar menuju ke Penjara Pudu. Kite bakorrrr ajerrr...

.........................................................

Ada aku kesah.. yess... memang aku tersangat kesah sebab ia menyusahkan...

.........................................................

Nota kaki: Berpeluh dowh jalan kaki di awal pagi 2km untuk dapatkan petrol sambil mengusung bag baju yang penuh buah pelam.

Labels: