Hadiah Misteri Hari Guru

Ada aku kesah dengan hari guru... yesszzaaa... memang aku kesah sebab dulu masa sekolah hari guru adalah hari yang aku nantikan... sebabnya hari guru ada banyak aktiviti kat sekolah... tengok cikgu buat persembahan yang haru biru... tengok cikgu bersukan lawan anak murid dan banyak lagi... sama ada aku terlibat dengan aktiviti atau tidak itu tak penting sebab memang aku tak ambik kesah... yang penting hari tu tak ada kelas...

.............................................................

Kalau hari guru dah menjadi tradisi anak murid bagi hadiah kat cikgu masing-masing... tahun lepas masa sambutan hari guru aku tengok puan isteri aku dapat bunga dari anak murid dia... zaman aku dulu rasanya macam tak ada jer bagi bunga ni... seingat aku dulu, antara hadiah yang aku pernah bagi kat cikgu aku dulu adalah pen dan bekas pensil... dan aku jugak pernah bagi hadiah yang aku rasa budak-budak zaman sekarang ni tak terfikir nak bagi hadiah macam aku ni... murah dan sangat berguna... dan pastinya cikgu akan letak hadiah aku ni atas meja dia dalam bilik guru...

...............................................................

'Benda' tu aku beli 3 kotak dan bungkuskan sekali... so, kawan-kawan akan nampak aku bagi hadiah besar kat cikgu... bangga siot... berjalan kaki masuk kawasan sekolah sambil pegang hadiah besar yang aku dah bungkus cantik-cantik... bila nak bagi hadiah pulak aku tunggu kawan-kawan aku bagi hadiah sama-sama dan pada ketika itu akan terserlah hadiah aku yang paling besar... biasanya diorang bagi pen jer... huhuhuhu...

...............................................................

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tisu kotak adalah hadiah paling misteri yang kawan-kawan sekolah aku tak tahu dulu... diorang nampak hadiah aku besar tapi diorang tak tahu aku bagi tisu 3 kotak kat cikgu... wakaka...