::Blog Abah Careno::

Wednesday, April 1, 2015

KidZania CongreZZ Kuala Lumpur 2015 Perkenal 20 Ahli Baru

Fuhhhh... Citer Akiff kat KidZania Kuala Lumpur baru jer habis update ni nak sambung lagi untuk 2nd visit Akiff baru-baru ni... Akiff betul-betul enjoy tiap kali aku bawak die ke sana... 14 entry aku buat untuk story pengalaman Akiff hari tu masa 1st visit... klik sini untuk baca... untuk 2nd visit ni nanti aku sambung citer lagi k...

Tapi untuk permulaan aku nak kongsikan dulu pasal Inauguration Day KidZania CongreZZ 2015 yang berlangsung baru-baru ni di KidZania Kuala Lumpur Theatre...


KidZania CongreZZ pada tahun ni dah masuk tahun ke-2... ia start diperkenalkan pada tahun lepas dengan perlantikan seramai 20 CongreZZ Kids yang telah dipilih dikalangan 200 penyertaan yang diterima... Musim untuk 20 CongreZZ Kids yang pertama dah habis dah... So, kali ni KidZania nak perkenalan next CongreZZ Kids untuk tahun 2015 pulak yang akan menggantikan CongreZZ Kids yang sebelum ni...

Ni adalah 1st CongreZZ Kids... Masing-masing menerima plug penghargaan dari KidZania Kuala Lumpur... Memang sesuatu yang boleh dibanggakan bila dapat plug dari KidZania ni...


Alahai comel jer masing-masing... diorang yang terpilih ni bukan calang-calang sebab nak jadi CongreZZ Kids perlu melalui beberapa peringkat saringan dan pemilihan yang sangat susah... mula-mula parents kena hantar resume... then yang mana terpilih perlu hantar rakaman video diorang pulak... diorang dinilai dari segi gaya, attitute, kebijaksanaan, percakapan dan macam-macam lagi melalui video tu... lepas tu yang mana berjaya lepas stage tu akan dipanggil untuk interview one to one dengan pihak KidZania... then yang terpilih kena berkempen untuk pilihanraya yang diadakan di KidZania Kuala Lumpur... Lepas tu baru la dilantik officially sebagai KidZania CongreZZ Kids... Fuhhhh...

Sepanjang tahun 2014, CongreZZ Kids yang dilantik ni telah membawa banyak pembaharuan dalam KidZania Kuala Lumpur... antaranya meletakkan poster sebagai bahan bacaan sementara menunggu giliran menjalankan aktiviti di dalam KidZania serta membentangkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama ibu bapa... Oooo... maksudnya aktiviti kat Jadi Batek (klik) yang aku buat dengan Akiff masa 1st visit hari tu adalah idea dari diorang ni laaa... Thorbaek!

Selain tu CongreZZ Kids 2014 jugak ada melibatkan diri dalam program World Summit On Media For Children iaitu sebuah program pembelajaran bahasa Inggeris serta porjek alam sekitar iaitu Kid For A Greener World...

Pn. Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Malaysia and Singapore
Selesai upacara penghargaan kepada KidZania CongreZZ yang pertama, majlis kemudiannya diperkenalkan pula dengan KidZania CongreZZ yang baru dilantik untuk tahun kedua ni... Alahaaaaaiii... comel-comel jer masing-masing... diorang ni yang telah terpilih dari 260 permohonan yang diterima... Tahniah!


Diorang kemudiannya mengangkat sumpah sebagai KidZania CongreZZ yang baru dan lepas tu setiap CongreZZ Kids kena cop setujuterima untuk menandakan yang diorang kini secara rasminya bergelar KidZania CongreZZ Kids 2015...


Sebagai KidZania CongreZZ Kids... setiap seorang menerima sebuah bag pack, tshirt, lencana dan set alat tulis serta plug penghargaan. Selain itu, CongreZZ Kids juga diberikan pass masuk percuma setiap bulan dan bestnya diorang boleh bawa bersama 4 orang rakan lain... best kannnn...

Selain tu diorang jugak berpeluang terlibat dalam membuat keputusan untuk penambahbaikan aktiviti yang diadakan di dalam KidZania Kuala Lumpur...

So, untuk memudahkan pemahaman aku dan jugak korang pasal KidZania CongreZZ Kids ni... boleh aku simpulkan yang CongreZZ Kids ni ibarat duta KidZania ataupun pemerintah dalam kerajaan KidZania... diorang ni yang akan bertindak untuk menaikkan nama KidZania dan diorang jugak yang akan memastikan KidZania sentiasa fresh dengan benda-benda baru... Gitewwww....

Korang kalau nak baca banyak lagi cerita pasal KidZania Kuala Lumpur boleh klik sini...

Breakfast kat Hotel Legoland Tak Berbaloi......

Breakfast kat Legoland Hotel tak berbaloi kalau korang lepak kejap jer... hahahhaa... sorry tajuk entry "Harian Metro" sangat kannn... kehkehkeh... dalam banyak-banyak entry percutian memang aku jarang nak story bab makanan breakfast yang pihak hotel sediakan... tapi kali ni aku tertarik nak share sebab breakfast kat sini dah macam melepak kat food court... semua benda ada...

Brakfast untuk hotel guest kat Bricks Family Restaurant... biasenyer setiap bilik diberikan pakej breakfast untuk 4 orang...

Depan cafe ni ade ruang menunggu... kalau orang ramai sangat kena tunggu dulu kat sini sebelum diorang panggil...


Suasana kat dalam cafe ni agak santai dan menarik... ade jugak ruang makan untuk korang yang bawak anak kecik... ade bilik kaca yang ade tv... lupe pulak nak ambik gambar ruang makan tu...


Waktu breakfast dari pukul 7 pagi sampai 10.30 pagi... better lepak sini lama-lama sebab menu dia sangaaaaaaaat banyak...

Antara menu yang ada... memang banyak giler... ada nasi 2 3 jenis... noodles pun ada 2 3 jenis masakan... spaghetty pun ade... lauk pauk tradisional pun ade beberapa jenis... rambang mata nak pilih... ikutkan selera pagi perut kosong tu memang nak makan jer semue...

Bila menu dah banyak sangat ni mula la pening kepala nak pilih yang mana.... dua tiga kali pusing baru ambik makan... hahaha...

Dan biasanya tumpuan aku tiap kali breakfast adalah bahagian pastri ni... ada macam-macam jenis roti... ni menu feveret aku kalau kemana-mana hotel... kat sini banyak pilihan... dah macam kat kedai bakery...

Bahagian pencuci mulut... ada macam-macam salad... ada yeogurt.... ada buah-buah potong... ada jugak bahagian bijirin...

Itu tadi kat bahagian dalam... yang bakar-baka pulak ada kat bahagian luar ni... macam satay... roti canai... ayam bakar... daging bakar... nasi ayam... mee bihun sup ker... semue pun ade... sebab tu aku kata kalau breakfast sini memang kena lepak lama baru puas hati...


Selain breakfast, korang boleh pilih untuk buffet lunch kat sini... kalau breakfast pun dah macam tu aku tak tahu la menu untuk lunch macam mana kannn.... harga macam kat gambar atas ni...

Yang ni pulak harga untuk buffet dinner...

Korang kalau nak tahu banyaaaaaaaak lagi story mory pasal Legoland Hotel dan jugak apa yang menarik kat Legoland Malaysia ni... boleh klik sini...

Tuesday, March 31, 2015

Sport Day Tadika Akiff

Peace Yooo...
14 Mac lepas ada acara sukan tahunan kat sekolah Akiff... sehari sebelum tu Akiff demam... aku dah risau takut die tak boleh join aktiviti sukan kat tadika die tu... yer laa... pengalaman pertama dia nak bersukan dengan kengkawan kannn...


Aku pun excited sebenarnya nak tengok Akiff bersukan... mujur pagi 14hb tu badan Akiff dah tak panas sangat... nak kata dah baik sepenuhnya tu belum lagi laaaa tapi aku bawak jugak die ke acara sukan tu sebab nak bagi die berpeluh... Lagi pun dah berminggu Akiff dok citer kat aku die dok buat latihan kawad kat sekolah... kesian pulak kalau die terlepas nak berkawad...


Dalam agenda tulis pukul 7 pendaftaran... awal la kitorang sampai... tak ramai lagi orang... rupenyer start dalam pukul 8.30 pagi... Cissss...

Sebab dah awal sangat sampai... sempat la layankan Akiff main kat playground yang ada kat situ... mule-mule tak ramai lagi kengkawan die yang sampai...

Lepas tu dah jem dah kat playground tu... hahaha...

Beratur tengah panas pagi... muke tetap senyum walaupun tak sihat sangat... Akiff yang pakai seluar hitam tu... seluar hijau macam yang lain tu ade jer tapi sajer bagi pakai seluar panjang...

Seronok tengok aksi bebudak ni semue... comelll... nak anak ramai macam ni boleh tak? Hahahaha.. pitam Miss Permaisuri baca... kahkahkah...

Perbarisan bermula... Akiff rumah hijau...

Time kawad ni memang lawak... masing-masing dok tengok mak pak masing-masing... dah tu semua terkeluar barisan sebab jalan tapi mata pandang arah lain... ada yang kena belok ke kiri tapi jalan terus... hahaha... haru biru teacher nak kontrol semua...

Termasuk la Akiff pun... mata tu asyik dok tercari-cari abah dengan ummie...

Bila sampai dekat siap melambai lagi...

1st game Akiff main lari berganti-ganti bawak "ais krim"... masa ni nampak Akiff antara yang cergas jugak... ada yang berjogging jer masa game ni... tapi Akiff bersungguh dia lari...

Patah balik passing kat kawan die pulak... masa ni Akiff antara pelari awal... game ni team die kalah...

Masuk 2nd game... kena lari bawak bola dalam bakul bergilir-gilir... teacher die tukar strategi... Akiff jadi pelari terakhir... game ni team Akiff menang... lepas dah sampai garisan penamat siap sempat jeling bangga kat aku... hahaha...

3rd game rebut gula-gula masukkan dalam topi... ni takde pemenang... rebut jer banyak-banyak...

Game ni mak mak kena terlibat sama... kena bagi arahan kat anak untuk collect gula-gula sebanyak mungkin... Akiff dapat banyak jugak... penuh topi die tu tapi ade budak yang dapat lagi banyak... siap masukkan dalam baju... hahaha... lagi advance...


Akhirnya majlis penyampaian hadiah... semua dapat hadiah yang sama... ada lucky draw jugak... aku dapat hamper lucky draw... Ngeee... rezeki...

Ade jugak game untuk parents tapi aku tak main pun... masa tu aku dok berkawal Akiff yang tengah main kat playground... Miss Permaisuri lak tengah berteduh kat khemah... 

Apa yang aku suke pasal hari sukan ni ialah pengacara majlis hari tu... memang sempoi... memang kelakar... die dapat hidupkan suasana majlis hari tu jadi lebih meriah... 

Tahniah Tadika Krista Bandar Tun Hussien Onn sebab berjaya anjurkan hari sukan tahunan dengan jayanya...

Acara habis dalam pukul 10.45 pagi... badan Akiff pun makin lama dah makin panas balik... sampai rumah Akiff dah tak larat... demam die datang balik... lepas bagi makan ubat die ok... lepas tu demam balik... malam tu kitorang balik kampung... esoknya kat kampung Akiff dah tak demam dah...